Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft Satya Nadella mengumumkan pelaburan berjumlah US$2.2 bilion untuk memacu infrastruktur awan dan AI untuk Malaysia di Microsoft Build: AI Day pada 2 Mei 2024 di Kuala Lumpur, Malaysia. Foto oleh Annice Lyn/Getty Images untuk Microsoft.
Read this in English and Mandarin
Pelaburan termasuk usaha membina infrastruktur digital, mewujudkan peluang menguasai kemahiran AI, menubuhkan Pusat Kecemerlangan AI dan mengukuhkan keupayaan keselamatan siber negara
Kuala Lumpur, 2 Mei 2024 – Microsoft telah mengumumkan komitmen terbesar dalam sejarah 32 tahunnya di negara ini dengan pelaburan berjumlah US$2.2 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang untuk menyokong transformasi digital Malaysia.
Pelaburan Microsoft termasuk:
Dengan matlamat meningkatkan produktiviti, daya saing, daya tahan dan pertumbuhan ekonomi negara, pelaburan ini membuktikan komitmen Microsoft untuk membangunkan Malaysia menjadi sebuah pusat pengkomputeran awan dan teknologi canggih yang berkaitan, termasuk AI generatif.
“Kami bertekad untuk menyokong transformasi AI Malaysia dan memastikan usaha ini membawa manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia,” kata Satya Nadella, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Microsoft. “Pelaburan kami dalam infrastruktur dan kemahiran digital akan membantu syarikat perniagaan, masyarakat dan pencipta perisian Malaysia menggunakan teknologi terkini untuk memacu pertumbuhan ekonomi terangkum dan mempelopori inovasi di seluruh negara.”
YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia berkata, “Kehadiran Microsoft selama 32 tahun di Malaysia menunjukkan kemitraan yang kukuh yang dibangun atas dasar kepercayaan. Kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan teknologi yang dinamik semakin diiktiraf oleh pelbagai pihak di peringkat global, berkat kepada ekosistem semikonduktor yang kukuh dan tawaran nilai yang menekankan Malaysia sebagai pusat permulaan global.
“Pembangunan infrastruktur awan dan AI yang ditekankan oleh Microsoft, bersama dengan peluang pembangunan kemahiran dalam bidang AI, akan meningkatkan kapasiti digital Malaysia secara signifikan dan memperkuat kedudukan negara dalam arena teknologi global. Kami berharap untuk bersama-sama dengan Microsoft, mencipta lebih banyak peluang untuk usahawan kecil dan sederhana (SME) serta menyediakan pekerjaan yang lebih baik bagi rakyat, semasa kita memimpin revolusi AI untuk mempercepatkan pertumbuhan digital yang memperkasakan Malaysia.”
Sementara itu, Andrea Della Mattea, Presiden Microsoft ASEAN mengulas, “Penekanan strategik terhadap AI bukan sahaja mengukuhkan pertumbuhan ekonomi tetapi juga menggalakkan keterangkuman dengan merapatkan jurang digital, memastikan semua rakyat Malaysia dapat memainkan peranan dan meningkatkan kemahiran dalam dunia digital. Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Kerajaan Malaysia dan memberi sokongan kami terhadap Rangka Kerja AI Negara, yang seterusnya meningkatkan daya saing global Malaysia. Kerjasama ini membolehkan negara ini membina keupayaan sebagai pusat serantau bagi inovasi digital dan teknologi pintar, sekali gus mencerminkan pendekatan berpandangan jauh pucuk pimpinan yang mengutamakan pembangunan lestari dan kesejahteraan masyarakat menerusi transformasi digital.”
Meluaskan keupayaan digital Malaysia untuk merebut peluang AI
Pelaburan infrastruktur digital ini juga melanjutkan Inisiatif Bersama Malaysia oleh Microsoft yang diumumkan pada April 2021. Antara usaha yang dilaksanakan termasuk menubuhkan sebuah pusat data serantau yang pertama di Malaysia dengan matlamat menyokong pertumbuhan ekonomi inklusif.
Pelaburan yang diumumkan hari ini akan membolehkan Microsoft memenuhi permintaan bagi perkhidmatan pengkomputeran awan yang semakin meningkat di Malaysia, selain membolehkan negara merebut dan memanfaatkan pelbagai peluang untuk menggiatkan pertumbuhan ekonomi dan produktiviti menerusi teknologi AI terkini.
Menurut penyelidikan oleh Kearney, AI bakal menyumbang hampir US$1 trilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Asia Tenggara menjelang 2030, dengan Malaysia meraih US$115 bilion daripada anggaran tersebut.
Membina kemahiran untuk mengejar kecemerlangan dalam era AI
Pada Selasa lalu, Microsoft telah mengumumkan komitmen yang lebih luas untuk memberi peluang kepada 2.5 juta penduduk di rantau ASEAN meningkatkan kemahiran AI menjelang 2025. Latihan dan sokongan ini akan disediakan dengan kerjasama kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan serta organisasi perniagaan dan masyarakat di Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand, dan Vietnam.
Seramai 200,000 orang di Malaysia dijangka mendapat manfaat daripada komitmen Microsoft untuk membina kemahiran insan dengan menyediakan:
Komitmen ini menyokong aktiviti membina kemahiran yang dilaksanakan oleh Microsoft baru-baru ini di Malaysia, termasuk kejayaannya melengkapi lebih daripada 1.53 juta rakyat Malaysia dengan keupayaan digital sebagai sebahagian daripada inisiatif Bersama Malaysia.
Bekerjasama dengan Kerajaan untuk kukuhkan keupayaan AI dan keselamatan siber
Microsoft akan terus berganding bahu dengan Kerajaan Malaysia untuk mengukuhkan ekosistem digital negara menerusi beberapa inisiatif. Ini termasuk menubuhkan Pusat Kecemerlangan AI negara dengan kerjasama agensi-agensi di Kementerian Digital Malaysia untuk mendorong industri-industri penting mengguna pakai AI, sambil melaksanakan tadbir urus AI yang mantap dan tahap pematuhan yang kukuh. Antara inisiatif lain juga termasuk mengguna pakai AI dalam sektor awam menerusi projek yang dilaksanakan bersama:
Microsoft juga akan bekerjasama dengan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) menerusi inisiatif Perisai Siber (Cyber Shield) untuk mengukuhkan keupayaan keselamatan siber negara kita. Kolaborasi ini akan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan keselamatan dan ketahanan sektor awam menerusi penilaian keselamatan dan pembinaan keupayaan.
Di samping itu, Microsoft akan menyokong peranan NACSA sebagai agensi utama Malaysia bagi hal ehwal keselamatan siber, dalam usahanya menyusun strategi keselamatan siber negara pada peringkat seterusnya. Menerusi inisiatif seperti program Ready4AI&Security Microsoft, kedua-dua organisasi terbabit akan meneroka kerjasama lebih rapat untuk membangunkan kemahiran keselamatan siber.
Potensi besar AI untuk dimanfaatkan oleh pencipta perisian
Microsoft akan terus membangunkan komuniti pencipta Malaysia menerusi inisiatif baharu seperti AI Odyssey, yang sedia membantu 2,000 pencipta Malaysia untuk membina kepakaran dalam bidang AI dengan mempelajari kemahiran baharu dan mendapatkan pentauliahan Microsoft.
Di GitHub, iaitu platform pembangunan aplikasi, kerjasama dan inovasi milik Microsoft, Malaysia adalah salah satu daripada pasaran yang berkembang pantas. Kira-kira 680,000 pencipta perisian negara menggunakan GitHub pada 2023, mencerminkan pertumbuhan tahunan 28 peratus.
Malah, pelbagai organisasi Malaysia meningkatkan produktiviti dan menggiatkan inovasi menggunakan penyelesaian dipacu AI generatif Microsoft. Antaranya termasuk:
Untuk maklumat lanjut tentang kunjungan Satya Nadella dan usaha Microsoft menggunakan AI untuk memperkasakan organisasi di rantau ASEAN, layari news.microsoft.com/malaysia-visit-2024.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai apa yang dikongsikan oleh pemimpin Malaysia tentang komitmen Microsoft, sila layari: https://news.microsoft.com/apac/2024/05/02/microsoft-announces-us2-2-billion-investment-to-fuel-malaysias-cloud-and-ai-transformation/