YouTube Video
Kecerdasan buatan (AI) kini semakin berkembang maju. Menyedari hakikat ini, kita semua memainkan peranan untuk memanfaatkan kelebihan AI bagi organisasi dan komuniti di seluruh dunia. Tumpuan kami ialah untuk membantu pelanggan menggunakan dan membina AI yang boleh dipercayai, yakni AI yang menjamin perlindungan, keselamatan dan privasi pengguna.
Di Microsoft, kami berpegang kepada komitmen untuk memastikan AI Boleh Dipercayai dan sedang membina teknologi sokongan yang mendahului industri. Komitmen dan keupayaan kami dimanfaatkan bersama untuk memastikan pelanggan kami dan pencipta perisian dilindungi di setiap peringkat.
Pada hari ini, kami mengumumkan keupayaan baharu produk berlandaskan komitmen kami untuk mengukuhkan perlindungan, keselamatan dan privasi sistem AI.
Perlindungan. Keutamaan kami di Microsoft ialah untuk melindungi pelanggan. Malah Inisiatif Masa Depan Terlindung (SFI) kami telah diperluaskan untuk menggariskan komitmen seluruh syarikat dan tanggungjawab kami kepada pelanggan untuk melindungi mereka. Minggu ini, kami mengumumkan Laporan Kemajuan SFI sulung kami, yang memaparkan perkembangan terkini tentang budaya, tadbir urus, teknologi dan operasi. Laporan ini mengotakan janji kami untuk mengutamakan perlindungan melebihi segala perkara lain dan berpandukan tiga prinsip utama: terlindung menerusi reka bentuk, terlindung dari mula dan operasi yang terlindung. Selain daripada tawaran pihak pertama kami, Microsoft Defender and Purview, perkhidmatan AI kami dilengkapi kawalan perlindungan asas seperti fungsi yang tersedia untuk membantu mencegah serangan prompt dan perlanggaran hak cipta. Kami mengumumkan dua keupayaan baharu berlandaskan ciri-ciri tersebut:
Keupayaan perlindungan kami kini sudah pun digunakan oleh pelanggan. Cummins, sebuah syarikat pembuatan enjin dan teknologi tenaga bersih berusia 105 tahun, telah menggunakan Microsoft Purview untuk mengukuhkan perlindungan data dan tadbir urus dengan mengautomasikan klasifikasi, penandaan dan pelabelan data. EPAM Systems, sebuah syarikat kejuruteraan perisian dan perundingan perniagaan, menggunakan Microsoft 365 Copilot untuk 300 pengguna disebabkan perlindungan data yang diperolehi daripada Microsoft. Menurut J.T. Sodano, Pengarah Kanan IT, “Kami jauh lebih yakin dengan Copilot untuk Microsoft 365, berbanding model bahasa besar (LLM) lain kerana kami sedar bahawa maklumat dan dasar perlindungan data yang sama yang telah kami rangka dalam Microsoft Purview juga boleh diguna pakai dalam Copilot.”
Keselamatan. Diasaskan pada 2018, prinsip-prinsip AI Bertanggungjawab Microsoft yang lebih luas merangkumi perlindungan dan privasi terus menjadi panduan dalam cara kami membina dan menggunakan AI secara selamat di seluruh syarikat. Dari sudut pelaksanaan, ini bermakna membina, menguji dan memantau sistem dengan teliti untuk mengelakkan tingkah laku yang tidak diingini, seperti kandungan memudaratkan, bias, salah guna dan risiko lain yang tidak dikehendaki. Dalam tempoh beberapa tahun lepas, kami telah membuat pelaburan besar untuk membina struktur tadbir urus, dasar, alat dan proses berlandaskan prinsip-prinsip tersebut untuk membina dan mengguna pakai AI dengan selamat. Di Microsoft, kami bertekad untuk berkongsi apa yang kami pelajari dalam perjalanan ini dan mendukung prinsip-prinsip AI Bertanggungjawab demi manfaat para pelanggan. Kami menggunakan amalan terbaik dan hasil pembelajaran kami untuk memberikan keupayaan alat kepada insan dan organisasi untuk membina aplikasi AI dengan tahap piawaian tinggi yang sama-sama kita kehendaki.
Pada hari ini, kami berkongsi keupayaan baharu untuk membantu pelanggan menikmati kelebihan AI sambil mengurangkan risikonya:
Para pelanggan dalam pelbagai industri sudah pun menggunakan penyelesaian Microsoft dengan cara yang mengagumkan untuk membina aplikasi AI yang lebih terlindung dan boleh dipercayai. Sebagai contoh, sebuah platform permainan 3D bernama Unity menggunakan Microsoft Azure OpenAI Service untuk membina Muse Chat, pembantu AI yang memudahkan penciptaan permainan. Muse Chat menggunakan model penapisan kandungan dalam Azure AI Content Safety untuk memastikan perisian digunakan secara bertanggungjawab. Di samping itu, ASOS, peruncit fesyen terkemuka yang berpangkalan di UK dengan hampir 900 rakan jenama, menggunakan penapis kandungan sedia terbina yang sama dalam Azure AI Content Safety untuk menyediakan interaksi bermutu tinggi menerusi aplikasi AI yang membantu pelanggan mencari gaya dan pilihan penampilan baharu.
Kami juga melihat kelebihan penyelesaian kami dimanfaatkan dalam bidang pendidikan. Sekolah-Sekolah Awam Bandar Raya New York telah berganding bahu dengan Microsoft untuk membangunkan sistem sembang yang selamat dan sesuai dalam konteks pendidikan. Projek perintis ini kini sedang dilaksanakan di sekolah-sekolah. Jabatan Pendidikan Australia Selatan juga telah memperkenalkan AI generatif ke bilik darjah menerusi EdChat, dengan menggunakan infrastruktur sama untuk menjamin keselamatan penggunaan bagi murid dan guru.
Privasi. Data menjadi teras AI, dan keutamaan Microsoft ialah untuk membantu memastikan data pelanggan dilindungi dan mematuhi prinsip-prinsip privasi kami yang sudah lama dilaksanakan, termasuk kawalan pengguna, ketelusan dan perlindungan undang-undang dan kawal selia. Bagi mengukuhkan lagi usaha tersebut, pada hari ini kami mengumumkan :
Kami mendapati minat yang semakin meningkat daripada pelanggan dalam pengkomputeran dan juga GPU sulit, termasuk daripada penyedia keselamatan aplikasi F5, yang menggunakan Azure Confidential VMs dengan NVIDIA H100 Tensor Core GPUs untuk membina penyelesaian perlindungan berpandukan AI, sambil menjamin kerahsiaan data yang dianalisis oleh modelnya. Sementara itu syarikat perbankan multinasional, Royal Bank of Canada (RBC) telah menerapkan ciri pengkomputeran sulit Azure ke dalam platformnya sendiri untuk menganalisis data enkripsi sambil menjamin privasi pelanggan. Dengan menyediakan Azure Confidential VMs dengan NVIDIA H100 Tensor Core GPUs secara umum, RBC kini boleh menggunakan alat-alat AI canggih untuk meningkatkan kecekapan kerja dan membangunkan model AI lebih berkuasa.
Mencapai lebih lagi dengan AI Boleh Dipercayai
Kita semua memerlukan dan mengharapkan AI yang boleh dipercayai. Kita sedar apa yang boleh dicapai apabila manusia menggunakan AI dengan tahap keyakinan tinggi, daripada menyediakan pengalaman lebih menarik untuk kakitangan dan merombak proses perniagaan kepada mentakrifkan semula penglibatan pelanggan dan membayangkan semula kehidupan harian yang berbeza. Berbekalkan keupayaan baharu yang meningkatkan perlindungan, keselamatan dan privasi, kami akan terus membolehkan pelanggan menggunakan dan membina penyelesaian AI boleh dipercayai, yang membantu setiap insan dan organisasi di muka bumi untuk mencapai lebih lagi. Hakikatnya, AI Boleh Dipercayai menjadi keutamaan dalam apa yang kami lakukan di Microsoft dan menjadi asas dalam misi kami untuk meningkatkan peluang, membina kepercayaan, melindungi hak asasi dan mempelopori kelestarian dalam segala apa yang kami lakukan.