Boosting Malaysia’s economic recovery and business resilience with a Culture of Innovation
November 17, 2020
The Future of Work is Now: New Autodesk Certification Program Helps Today’s Workforce Prepare for the Age of Automation
November 17, 2020

Budaya Inovasi rangsang pemulihan ekonomi Malaysia dan daya tahan perniagaan

Pemimpin industri, Tenaga Nasional Berhad dan Plus Malaysia Berhad, membudayakan inovasi demi membina daya tahan perniagaan dan meningkatkan pengalaman pelanggan

Kuala Lumpur, 16 November 2020 – Dalam usaha Malaysia menyesuaikan diri dan membina daya tahan perniagaan bagi menghadapi persekitaran yang mencabar, kira-kira 77% daripada pucuk pimpinan perniagaan di Malaysia kini berkata inovasi adalah satu ‘kewajipan’ untuk mereka bertindak balas pantas kepada cabaran dan peluang pasaran, berasaskan kajian baharu yang dijalankan oleh Microsoft dan IDC.

Tambahan lagi, walaupun jauh lebih banyak organisasi di Malaysia mendapati sukar untuk melaksanakan inovasi (76%) sebelum COVID-19, mereka telah mengubah persepsi sejak itu, dengan hanya sejumlah kecil organisasi Malaysia (35%) menyuarakan sentimen tersebut sekarang. Ini kerana mereka terpaksa mempercepatkan inovasi sebagai tindak balas kepada gangguan di pasaran.
K Raman - Square Profile

“Inovasi bukan lagi satu pilihan, tetapi kini menjadi satu keperluan. Malah organisasi di Malaysia sedar bahawa keupayaan mereka mempelopori inovasi telah memacu prestasi dan daya tahan perniagaan mereka semasa krisis. Sejak COVID-19 melanda, 65% daripada organisasi di Malaysia mendapati inovasi lebih mudah dilaksanakan. Ini merupakan kenaikan mendadak berbanding hanya 24% sebelum COVID-19. Ini kerana apabila organisasi terpaksa mempercepatkan inovasi semasa pandemik tersebut, mereka telah mendapati ianya tidak sesukar seperti yang dijangkakan. Berbekalkan keyakinan baharu ini, firma di Malaysia telah menerapkan budaya inovasi secara rancak untuk untuk menjamin kesinambungan dan kemampanan perniagaan,” jelas K Raman, Pengarah Urusan Microsoft Malaysia.

Hasil penemuan ini telah didedahkan oleh Microsoft dalam kajian terbaharunya dengan IDC Asia Pacific bertajuk “Budaya Inovasi: Asas bagi membina daya tahan perniagaan dan memulihkan ekonomi di Asia Pasifik”. Kajian ini meninjau selidik 223 pegawai yang membuat keputusan perniagaan di Malaysia dalam tempoh 6 bulan, sebelum dan sejak COVID-19. Kajian di Malaysia ini adalah sebahagian daripada tinjau selidik lebih luas dalam kalangan 3,312 pemimpin perniagaan dan 3,495 pekerja di 15 pasaran di Asia Pasifik yang dikendalikan dalam tempoh yang sama, untuk menentukan bagaimana organisasi boleh meningkatkan daya tahan perniagaan dan prestasi menerusi inovasi.
Gopi-Ganesalingam-head-shot-MDEC-VP-297x300

“Tiada organisasi yang mampu mengekalkan kelebihan daya saing jika inovasi tidak diterapkan dalam strategi perniagaan masing-masing. Sesungguhnya MDEC ialah penyokong tegar inovasi menerusi Program Kerjasama Korporat, yang telah membolehkan pelbagai organisasi mempelopori inovasi dengan mengguna pakai penyelesaian teknologi serba baharu. Jalinan kerjasama baharu ini bukan sahaja meningkatkan produktiviti dan kecekapan syarikat korporat tetapi juga mempercepatkan agenda digital negara dan menyokong usaha Malaysia untuk menerajui kemajuan Digital ASEAN,” kata Gopi Ganesalingam, Naib Presiden Bahagian Pecutan Pertumbuhan Global, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Kajian juga mendedahkan hampir 8 dalam 10 organisasi Malaysia (77%) sedang mempercepatkan proses pendigitalan dalam pelbagai cara untuk bersesuaian dengan realiti baharu. Ini termasuk melancarkan produk digital dan memperkenalkan pembayaran digital untuk menerima pakai e-dagang dan automasi. Di samping itu, hampir 28% daripada organisasi Malaysia percaya model perniagaan semasa tidak kompetitif dalam tempoh 5 tahun akan datang.

Peningkatan pengalaman pelanggan menerusi inovasi

An employee at TNB demonstrating the use of myTNB app to customers.
Kakitangan di TNB, menunjukkan penggunaan aplikasi myTNB kepada pelanggan.

Datuk Seri Amir Hamzah, President and CEO, TNB

Satu daripada organisasi yang mengutamakan inovasi termasuk syarikat utiliti elektrik terbesar Malaysia, Tenaga Nasional Berhad (TNB). Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB berkata, “Kami komited untuk memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan menerusi inovasi dalam penyelesaian kami, yang diperluas menjangkaui bekalan elektrik. Walaupun menghadapi cabaran besar akibat pandemik, TNB segera bertindak balas untuk memastikan keselamatan kakitangan dan kesinambungan bekalan elektrik terlebih dahulu. Di kemuncak PKP, kira-kira 75% kakitangan bekerja dari rumah walaupun dengan pemberitahuan singkat dan kami terus memastikan bekalan elektrik kekal disalurkan kepada 9.25 juta pelanggan di seluruh Semenanjung Malaysia, terutamanya bagi tempat-tempat yang paling memerlukan, iaitu hospital dan klinik. Kami menggalakkan pelanggan kami untuk menggunakan aplikasi myTNB, yang sudah sedia untuk menghadapi keadaan di mana pelanggan tidak boleh mengunjungi Kedai Tenaga bagi menguruskan akaun elektrik mereka, dan kami juga dapat menampung ledakan penggunaan aplikasi berkenaan secara tiba-tiba.”

“Ini adalah sejajar dengan aspirasi kami untuk memupuk budaya inovasi dalam kalangan 36,000 kakitangan kami, yang memberi tumpuan untuk merealisasikan matlamat TNB menjadi pembekal penyelesaian tenaga mampan yang terulung di Malaysia dan di peringkat antarabangsa. Kami melibat urus pelanggan kami dalam hal kecekapan tenaga, meningkatkan ilmu tentang tenaga dan memperkasakan mereka dengan alat untuk menguruskan penggunaan mereka. Sebagai contoh, meter pintar kini membolehkan pelanggan menerima bil sebenar menerusi aplikasi myTNB, di mana mereka boleh memantau dan mengawal penggunaan elektrik harian mereka. Ini disokong oleh MAEVI, inovasi pengurusan tenaga di rumah untuk menyokong pelanggan menerusi penggunaan tenaga pintar,” tambah Datuk Seri Amir.

Pemerkasaan modal insan untuk mengukuhkan budaya inovasi

Organisasi di Malaysia juga berkata mereka akan berusaha mentafsirkan semula model perniagaan semasa dalam tempoh 12 bulan akan datang. Sementara itu, organisasi yang dianggap sebagai peneraju inovasi dalam industri mereka bercadang memberi tumpuan melabur dalam infrastruktur teknologi yang mantap dan membolehkan penskalaan dan fleksibiliti, serta penguasaan dan peningkatan kemahiran tenaga kerja sebagai asas paling penting dalam ketahanan dan pemulihan perniagaan.
Datuk Azman Ismail, Managing Director of PLUS Malaysia Bhd

Datuk Azman Ismail, Pengarah Urusan PLUS Malaysia Bhd, menekankan bahawa transformasi digital (DT) yang sedang dilaksanakan PLUS bertumpukan modal insan. “Perubahan ini adalah bertumpukan Warga PLUS yang telah menerap dan mengubah cara kerja mereka menerusi penggunaan teknologi yang lebih tinggi, khususnya Pendigitan (Bakal Menjadi Digital) dan Pendigitalan (Sedia Digital). Kami beransur-ansur dan bersungguh-sungguh melaksanakan pelbagai inisiatif DT dalaman untuk meningkatkan kecekapan kerja dan inisiatif DT luaran bagi menambah baik pengalaman dan kepuasan pelanggan.”

PLUS, pengendali lebuh raya terbesar di Malaysia dan juara Transformasi Digital 2020 Malaysia di Anugerah Transformasi Digital IDC 2020, memulakan perjalanan transformasi digital bersama Microsoft sejak 2019 dengan menyepadukan sistem awan Microsoft Azure ke dalam rangkaian tol lebuh raya kendaliannya. Pada tahun 2020, PLUS telah melaksanakan sebanyak 58 inisiatif digital menggunakan Office 365. PLUS merupakan syarikat pertama di Malaysia untuk memanfaatkan teknologi sedia untuk masa hadapan seperti kecerdasan buatan, analitik data besar dan perkomputeran awan untuk merombak dan memodenkan pengalaman penggunaan lebuh raya Malaysia.

PLUS Traffic Monitoring Centre
Pusat Pengawasan Trafik PLUS (TMC) terkini yang beroperasi 24/7, memastikan perjalanan yang selamat, lancar dan selesa bagi penggunanya.

“Kejayaan transformasi digital memerlukan penggunaan alat dan teknologi dan juga keupayaan modal insan sendiri – apa yang kami maksudkan sebagai keamatan teknologi  – satu komponen kritikal dalam budaya inovasi,” kata Raman.

“Modal insan perlu dilengkapkan dengan keupayaan untuk bekerjasama dan mendorong inovasi berterusan. Matlamat kami ialah untuk mencorakkan masa depan terangkum di mana semua organisasi di Malaysia adalah dinamik dan berdaya tahan – untuk pulih dan berkembang maju walaupun menghadapi krisis. Di Microsoft, kami komited untuk berganding bahu dengan organisasi di Malaysia untuk bersama-bersama mencapai matlamat ini,” rumus Raman.

 


Latar belakang kajian Budaya Inovasi: Asas bagi membina daya tahan perniagaan dan memulihkan ekonomi di Asia Pasifik (“Culture of Innovation: Foundation for business resilience and economic recovery in Asia Pacific”):

Kajian ini dilaksanakan dalam dua fasa:

  • Fasa 1 (Sebelum COVID-19; Dec 2019-Jan 2020): 1,622 pemimpin industri dari Asia Pasifik, termasuk 108 pemimpin industri di Malaysia
  • Fasa 2 (Sejak COVID-19; Julai 2020): 1,690 pemimpin industri dari Asia Pasifik, termasuk 115 pemimpin industri di Malaysia
  • Kajian ini melibatkan organisasi yang mempunyai lebih daripada 250 para pekerja
  • Setiap pemimpin industri yang terlibat dalam setiap fasa mewakili organisasi yang berbeza

Baca dengan selanjutnya di sini.

The post Budaya Inovasi rangsang pemulihan ekonomi Malaysia dan daya tahan perniagaan appeared first on Microsoft Malaysia News Center.