Maxis and Microsoft strengthen partnership to support an expanding digital workforce
March 31, 2021
In case you missed it: check out what’s new with SecureX from Cisco Live!
March 31, 2021

Maxis dan Microsoft kukuh perkongsian untuk sokong tenaga kerja digital

  • Melancarkan Maxis Digital Workspace, penyelesaian computer riba terkawal pertama di Malaysia, dikuasakan oleh kesalinghubungan Maxis dan suite perniagaan Microsoft Office 365
  • Maxis, Rakan Kongsi Emas Microsoft kini menjadi telko pertama di Malaysia sebagai Wakil Penjual Sah Surface mereka
  • Maxis terus memperkuat kemampuan Awan, aplikasi dan peranti dengan penganugerahan kompetensi 4 Emas dan 5 Perak dalam setahun

Maxis dan Microsoft terus memanfaatkan kekuatan bersama untuk menawarkan penyelesaian digital yang inovatif untuk perniagaan di Malaysia. Langkah terbaru dalam perkongsian mereka ini menyaksikan kedua-dua syarikat memodenkan tenaga kerja digital untuk kecekapan, kemudahan dan peningkatan produktiviti.

Maxis juga telah memperkenalkan penyelesaian Digital Workspace, sebahagian daripada rangkaian perkhidmatan dan penyelesaian Maxis Business yang kian berkembang. Ia merupakan penyelesaian pertama di pasaran yang menawarkan penyelesaian komputer riba terurus dengan kesalinghubungan data. Dengan ini, perniagaan dapat menubuhkan pejabat di mana saja mereka berada dan disokong oleh Microsoft Office 365 dan penyelesaian perisian terkemuka lain.

Maxis and Microsoft strengthen partnership to support an expanding digital workforce

“Melalui penyelesaian Digital Workspace, kami melengkapkan pelanggan dengan alat dan kesalinghubungan terbaik untuk mereka mengendalikan perkembangan perniagaan mereka, khususnya dalam persekitaran yang semakin didorong oleh penggunaan Awan. Kerjasama kami dengan Microsoft telah memainkan peranan penting dalam mempercepat cita-cita Maxis untuk menjadi penyedia penyelesaian konvergen terkemuka di Malaysia dan rakan teknologi pilihan untuk PKS dan Perusahaan,” kata Paul McManus, Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan, Maxis.

“Perniagaan di Malaysia menyesuaikan diri dengan perubahan besar dalam cara bekerja. Mobiliti tidak perlu dipertikaikan lagi, kerja jarak jauh semakin meningkat, dan keselamatan tetap menjadi keutamaan. Sambil perniagaan mempercepat transformasi digital mereka, kami berbesar hati dapat memperkukuhkan kerjasama dengan Maxis, dengan pelantikannya sebagai telko pertama di Malaysia yang menjadi Wakil Penjual Sah Surface. Bersama Maxis, kami berharap dapat memperkasakan pelanggan kami agar lebih terhubung, mudah bergerak dan produktif,” kata K Raman, Pengarah Urusan, Microsoft Malaysia.

Maxis and Microsoft strengthen partnership to support an expanding digital workforce

Maxis Digital Workspace diperkenalkan untuk meningkatkan produktiviti pelanggan, dengan kos pemilikan yang rendah serta rangkaian alat kerja digital yang merangkumi semua penyambungan data terbina dengan bayaran langganan bulanan yang berpatutan. Mereka juga menerima sokongan Maxis, dari penggunaan hingga pemeliharaan untuk mencapai tujuan perniagaan mereka. Dengan Microsoft Office 365, pekerja dapat memanfaatkan produktiviti Awan dan alat kerjasama Teams, lengkap dengan ciri keselamatan berlapis. Semua ini dikuasakan oleh rangkaian 4G LTE terkemuka Maxis, yang membolehkan kesalinghubungan yang sentiasa aktif untuk kerja jarak jauh dan fleksibiliti kumpulan data yang dapat dikongsi di antara peranti dengan Maxis Business Postpaid mereka.

Pelanggan yang mendaftar untuk Maxis Digital Workspace dapat memilih peranti Microsoft Surface dengan penyesuaian peranti ini untuk pesanan korporat yang lebih besar berdasarkan keperluan penggunaannya. Maxis adalah telko Malaysia pertama yang menjadi Wakil Penjual Sah Surface.

Perkongsian Maxis dan Microsoft bermula setahun yang lalu, dan telah berkembang dengan cepat. Maxis adalah Rakan Kongsi Emas Microsoft yang memberikan teknologi Awan terkemuka industri kepada pelanggan dalam bidang perniagaan yang khusus. Maxis juga memperkukuhkan tenaga kerja teknikalnya dengan pakar Microsoft melalui pengambilalihan Infrastructure Consulting & Managed Services (ICMS). Selain itu, Maxis telah memperoleh empat anugerah kompetensi Emas dan lima Perak dengan Microsoft sejak awal perkongsian mereka atas kejayaan dan kepakaran yang semakin meningkat dalam memberikan penyelesaian Microsoft. Akreditasi ini adalah untuk penyelesaian seperti produktiviti awan, pusat data, pengembangan aplikasi dan banyak lagi.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Maxis Digital Workspace, lawati https://business.maxis.com.my/en/collaboration/digital-workspace/#be-in-control