Microsoft launches Code; Without Barriers across nine countries in Asia Pacific
September 23, 2021
Introducing Surface Go 3 – the most portable Surface built for Windows 11
September 23, 2021

Microsoft lancarkan Code; Without Barriers di sembilan negara Asia Pasifik

Tiga belas syarikat ganding bahu dengan Microsoft untuk pertingkatkan peluang pekerjaan wanita yang berbakat dalam bidang teknikal dan memupuk pembangunan usahawan di serata Asia Pasifik

Asia Pasifik, 23 September 2021 – Microsoft telah melancarkan Code; Without Barriers (Atur Cara Kod; Tanpa Sempadan) pada hari ini bersama tiga belas syarikat di sembilan negara Asia Pasifik, dengan matlamat untuk merapatkan jurang jantina dalam sektor awan, kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital yang sedang pantas berkembang di rantau ini.

Program ini menyediakan platform untuk membolehkan para pembangun perisian, pengatur cara kod dan bakat teknikal wanita lain untuk memainkan peranan menjana pertumbuhan ekonomi terangkum, mempelopori inovasi dan sekali gus mencerminkan kedudukan wanita dalam masyarakat di rantau masing-masing.

“Keseimbangan antara penggunaan dan penciptaan kian berubah. Kita melihat pembangun perisian memainkan peranan yang semakin penting yang mempengaruhi setiap proses dan fungsi perniagaan. Inilah matlamat Code; Without Barriers. Kami mengenal pasti keperluan segera untuk meningkatkan kepelbagaian bakat dalam bidang pengkomputeran awan, AI dan teknikal di rantau APAC supaya setiap negara boleh mencapai agenda-agenda digital negara masing-masing dan menjana pertumbuhan ekonomi yang benar-benar terangkum,” kata Andrea Della Mattea, Presiden Microsoft di Asia Pasifik.

Rakan-rakan kerjasama program termasuk Accenture, AvePoint, Government Big Data Institute (GBDi), HCL Technologies, Just Analytics, MetLife, NTT Ltd, PALO IT, Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), Simbiotik Technologies, Thoughtworks, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Organisasi-organisasi ini beroperasi dalam bidang pendidikan, tenaga, perkhidmatan kewangan, sektor awam dan teknologi di Singapura, Malaysia, Indonesia, Vietnam, Thailand, Filipina, Korea Selatan, Sri Lanka dan Bangladesh.

Microsoft akan meningkatkan kemahiran dan memberikan pensijilan dalam bidang pengkomputeran awan dan kecerdasan buatan (AI) untuk menambah bakat teknikal di negara ini. Tiga belas syarikat ini telah memberikan komitmen untuk meningkatkan kepelbagaian di dalam organisasi masing-masing dan membuka peluang pekerjaan kepada pencipta dan pembangun perisian wanita. Dalam pada itu, menerusi siri aktiviti libat urus yang termasuk pesta kerjaya, acara hackathon serta bimbingan dan sokongan daripada pemimpin perniagaan, Code; Without Barriers akan memupuk dan membangunkan usahawan wanita di Asia Pasifik (APAC). Program ini menyediakan wadah untuk membolehkan pencipta, pembangun perisian dan bakat teknikal wanita lain untuk menyumbang ke arah mencapai pertumbuhan ekonomi yang terangkum.

Code; Without Barriers bekerjasama dengan lebih daripada 21 komuniti pembangun perisian di serata APAC, membabitkan lebih 407,000 peserta meliputi data, AI, DevOps, Java, JavaScript dan Python dan Wanita dalam Teknologi.

“Kami telah mengenal pasti keperluan mendesak di rantau ini untuk meningkatkan kepelbagaian bakat teknikal, kerana hanya 26% profesional dalam bidang data dan AI adalah wanita dan angka ini menyusut kepada 12% bagi profesional dalam bidang pengkomputeran awan. Untuk mencapai perubahan yang dikehendaki, dan bagi memastikan pasaran APAC mempunyai agenda digital negara yang terangkum, kita perlu bermula dengan usaha meruntuhkan tembok halangan dan menggalakkan kepelbagaian dalam kalangan pembangun perisian di dalam organisasi dan industri. Sesungguhnya, kami sebagai pemimpin masyarakat bertanggungjawab untuk menetapkan langkah seterusnya; untuk menunjukkan apa yang dapat dicapai apabila dunia digital kami mencerminkan kepelbagaian masyarakat tempat tinggal kami,” kata Cik Della Mattea.

Code; Without Barriers telah merintis 18 program Women in AI (Wanita dalam AI) di lapan pasaran APAC, dengan membimbing lebih 480 wanita, dan mentauliahkan 203 pembangun perisian. Microsoft juga menganjurkan cabaran kemahiran awan untuk lebih daripada 7,617 peserta.

“Pasukan yang dianggotai bakat terpelbagai adalah lebih pintar dan lebih produktif,” kata Gina Smith, PhD, penganalisis utama IDC bagi DevOps dan inovasi digital di rantau Asia/Pasifik. ” Pengambilan wanita untuk bekerja dalam bidang teknologi bukan setakat memberikan perspektif baharu. Kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa perusahaan yang memperjuangkan kesamaan jantina jelas menunjukkan tahap inovasi dan memberikan pulangan lebih tinggi berbanding purata keseluruhan. Program seperti Code Without Barriers Microsoft memainkan peranan penting untuk merapatkan jurang kritikal tersebut.”

“Pada hakikatnya, penglibatan lebih ramai wanita dalam industri teknologi membawa manfaat kepada syarikat dan masyarakat. Namun usaha mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk tenaga kerja yang lebih terpelbagai memang satu cabaran rumit – tiada satu organisasi yang boleh melakukannya sendiri.  Kita memikul tanggungjawab bersama untuk mengetepikan halangan dan menaik taraf wanita, dan saya gembira untuk melihat syarikat dan organisasi berganding bahu menerusi Code; Without Barriers,” kata Leanne Robers, pengasas bersama, She Loves Tech.

Rakan-rakan niaga kami

“Kami tidak dapat melakukan semua ini secara tersendiri dan menghargai kerjasama organisasi-organisasi dari pelbagai sektor industri yang bekerjasama dengan kami di APAC,” ujar Annie Mathew, Pengarah, Perhubungan Pembangun Perisian dan Ketua Program bagi Code; Without Barriers bagi Microsoft di APAC.

Mengekalkan kepelbagaian dengan menyokong pelaksanaan AI yang bertanggungjawab

Pasukan Code; Without Barriers Microsoft mengambil langkah selanjutnya dengan rancangan untuk menerbitkan buku panduan komuniti dalam tempoh terdekat yang menerangkan cara-cara menangani bias dan mengekalkan kepelbagaian dalam bidang teknologi yang baru muncul.

“Warga komuniti mengharapkan Microsoft untuk merangka dan berkongsi amalan terbaik dalam AI Bertanggungjawab supaya mereka boleh meningkatkan kepelbagaian, mengurangkan bias dan memastikan ketelusan dalam kerja yang dilakukan mereka. Kami memperkasakan generasi baharu wanita dalam bidang teknologi menerusi Code; Without Barriers,” rumus Cik Mathew.

Dapatkan maklumat lanjut tentang Code; Without Barriers: Ikuti siri Podcast kami di Spotify, saksikan senarai video di YouTube, dan baca maklumat lanjut di laman web https://aka.ms/codewithoutbarriers

###

Lampiran: Rakan-Rakan Niaga Kami

  • Accenture

Code; Without Barriers diadakan tepat pada masanya, sesuai dengan persekitaran sosial semasa. Kemajuan sebenar dalam kesaksamaan hanya boleh dicapai apabila wanita diberi peluang dan sokongan untuk menceburi dan membina kerjaya masing-masing. Di Accenture, kami komited untuk mewujudkan budaya yang terangkum dan terpelbagai di mana semua wanita boleh menyerlahkan keperibadian sebenar dan berkembang maju dalam kerjaya teknologi masing-masing. Saya mahu rakan-rakan sekerja wanita saya untuk merasakan bahawa mereka layak berada di sini dan menggalakkan mereka untuk bersiap sedia menghadapi masa depan. Bagi membolehkan syarikat-syarikat menarik dan mengekalkan lebih ramai wanita berbakat, terutamanya dalam bidang awan, data dan kecerdasan buatan, kerjasama di seluruh industri diperlukan. Menerusi usaha sama dengan Microsoft, kami berharap untuk menjadikan matlamat ini satu kenyataan dengan meningkatkan peluang bagi wanita, mengambil langkah segera untuk mencungkil bakat, dan membina kerjaya yang bermakna dalam persekitaran yang terangkum dan terpelbagai,” kata Ng Wee Wei, Pengarah Urusan Negara Accenture Singapura.

  • AvePoint

“AvePoint sukacita untuk berganding bahu dengan Microsoft dalam Code; without Barriers sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk menggalakkan kepelbagaian dalam komuniti teknologi. Syarikat kami terdiri daripada komuniti pakar dengan latar belakang unik, yang semuanya bersama-sama mengasah dan menambah baik nilai penyelesaian yang kami tawarkan kepada pelanggan. Kepelbagaian telah menjadi faktor penting yang menjana nilai bagi AvePoint, dan kami akan terus menekankan pelbagai manfaat yang dibawanya kepada mana-mana organisasi,” kata Elisa Pang, Pengarah Pemasaran Produk untuk AvePoint EduTech.

  • Government Big Data Institute (GBDi)

“Di GBDi, kami sedar betapa pentingnya golongan muda demi masa depan dunia teknologi. Salah satu daripada keutamaan kami ialah untuk menyediakan peluang saksama kepada mereka untuk menimba kemahiran dan memupuk sikap, tanpa mengira jantina mereka. Menerusi kerjasama dengan program Code; without Barriers, kami berharap untuk melengkapkan generasi baharu dan juga menggalakkan mereka untuk memainkan peranan membina dunia ini dari kaca mata mereka,” kata Profesor Madya Tiranee Achalakul, Pengarah, GBDi, Thailand.

  • Just Analytics

“Pemimpin era baharu telah menekankan bagaimana usaha membina pasukan yang terpelbagai membawakan proses pemikiran yang berbeza-beza, kemahiran yang tinggi dan kaedah inovatif untuk mengurangkan risiko. Pada hari ini, dengan budaya kerja yang nyata berbeza, keperluan bagi Kebijaksanaan Emosi dan Empati di tempat kerja adalah amat penting. Budaya ini boleh dipupuk dengan menggalakkan kaedah pemikiran berbeza. Satu-satunya cara untuk membina tenaga kerja yang lebih berdaya tahan ialah memperakui dan menghormati kepelbagaian dan bertekad untuk mewujudkan ekosistem yang berkembang maju. Memanfaatkan kepakaran satu sama lain menerusi platform seperti Code; Without Barriers mewujudkan lebih banyak peluang dan idea untuk membina persekitaran yang terangkum,” kata Nisha Sullia, Ketua Kejuruteraan Penyelesaian, Just Analytics.

  • MetLife

“Komitmen kami kepada Kepelbagaian, Kesaksamaan dan Keterangkuman memang diterapkan dalam matlamat yang didukung syarikat kami untuk membantu insan membina masa depan yang lebih meyakinkan. Keupayaan kami untuk mempelopori inovasi dan memenuhi keperluan pelanggan yang terpelbagai adalah berlandaskan usaha menyemai budaya terangkum yang menghargai insan dengan idea dan pengalaman terpelbagai yang boleh meramalkan, memahami dan menyediakan penyelesaian relevan yang bermanfaat, sebab itulah kami berbangga untuk menjadi sebahagian daripada program Code; Without Barriers Microsoft,” kata Vikrant Tripathi, Naib Presiden, Penyampaian Penyelesaian Serantau Asia, MetLife Asia.

  • PALO IT

“Kami sukacita kerana terpilih untuk berganding bahu dengan Microsoft dalam program Code; Without Barriers. Program ini memang sejajar dengan wawasan syarikat kami untuk memastikan agar keterangkuman dan kepelbagaian menjadi teras segala inisiatif yang kami lancarkan. Perjalanan menuju kesaksamaan jantina amat berliku, berbilang sudut dan memerlukan pendidikan berterusan bagi setiap pihak berkepentingan untuk menyemai bibit mesej di seluruh organisasi dan kepada masyarakat umum. Kerjasama dengan Microsoft ini akan menyediakan wadah kepada kami dan komuniti kami untuk meluaskan capaian kami sekarang,” kata Eugene Yang, Pengarah Inovasi Perniagaan, PaloIT.

  • Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS)

“PETRONAS berbangga untuk sekali lagi menjadi sebahagian daripada gerakan global untuk menambah baik kehidupan menerusi data dan mengukuhkan lagi agenda digital kami. Kakitangan berbakat dengan keupayaan kemahiran data penting dalam usaha ke arah mewujudkan Organisasi Berpacukan Data,” kata Datin Habsah Nordin, Pengurus Besar Data Perusahaan, PETRONAS.

  • Simbiotik Technologies

“SimbiotikTech amat sukacita untuk memainkan peranan penting dalam program serba maju yang diterajui Microsoft ini untuk merapatkan jurang kesetaraan jantina. Kami percaya ketetapan minda untuk menyahut cabaran menangani isu-isu seperti ini adalah amat penting dari segi peranan yang kita mainkan dalam organisasi.  Meraikan kepelbagaian dan meningkatkan keterangkuman boleh mencetus perubahan bermakna yang membawa kesan positif kepada masa depan kita,” kata Dipankar Mitra, MD & CEO  Simbiotik Technologies, Malaysia.

  • Thoughtworks

“Kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman mampu mencetus perubahan sosial yang ketara. Di Thoughtworks, kami berhasrat untuk melibatkan segenap lapisan masyarakat, di dalam komuniti kami dan menerusi teknologi kami. Bagi kami, keterangkuman ialah tanggungjawab semua; ia menyatukan kita sebagai sebuah masyarakat dan menonjolkan yang terbaik dalam individu dan pasukan; Bersama-sama kita berusaha mencetus kesan luar biasa demi manfaat dunia.  Kami berbangga untuk bekerjasama dalam program Code; Without Barriers, yang merupakan satu inisiatif penting untuk meneruskan perjalanan dalam usaha membina industri yang benar-benar terpelbagai,” kata Wen Shun Wong, Pengarah Urusan, Thoughtworks Asia Tenggara.

  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

“Kerjasama ini amat penting bagi Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kerana ia bertindak sebagai platform kukuh untuk bekerjasama dengan Microsoft bagi merapatkan jurang jantina dalam ekosistem IR4.0.  Program ini membolehkan IMK, sebagai penyedia pendidikan, menekankan betapa pentingnya kurikulum berasaskan teknologi dan keperluan merapatkan hubungan antara universiti-industri-masyarakat. Sebagai sebuah universiti berteraskan keusahawanan, peranan kami dalam transformasi sosioekonomi era digital Pantai Timur Malaysia juga boleh diperkukuh. Bertekad untuk melahirkan lebih ramai pelajar bertauliah yang mahir secara digital dalam bidang AI & Teknologi dan menerusi bimbingan dan tunjuk ajarnya, para pelajar dan fakulti akan bersiap sedia untuk mengguna pakai teknologi seperti AI, IoT, pengkomputeran awan dan analisis data besar untuk mendorong inovasi dan menyelesaikan masalah dunia sebenar. Dengan menguasai kemahiran yang diperlukan ini, keupayaan graduan untuk mendapat kerja juga meningkat. Menerusi latihan kemahiran digital yang membuka peluang menimba ilmu dan kemahiran dalam IR4.0, usaha meningkatkan penyertaan wanita dan mempelbagaikan bidang ini secara umumnya dalam kalangan masyarakat juga boleh ditambah baik,” kata Dr. Hasyiya Karimah Binti Adli, Doktor Falsafah, Felow Institut Kecerdasan Buatan dan Data Raya (AIBIG), Universiti Malaysia Kelantan.

  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

“Kemahiran teknologi bukan setakat menguasai teknologi semata-mata. Kemahiran ini sebenarnya menjadi keupayaan asas bagi menyelesaikan masalah. Matlamat mutlaknya ialah untuk menyelesaikan masalah, bukan pengaturcaraan kod untuk penyelesaian tersebut. Oleh yang demikian, kerjasama UTHM dengan Microsoft dalam Code; without Barriers sebenarnya berlandaskan matlamat menyelesaikan masalah dunia sebenar, mencapai kepelbagaian tenaga kerja, bermula dengan melatih insan berbakat menerusi pendidikan, membangunkan kemahiran yang diperlukan untuk dunia yang semakin bersifat digital dan mencipta peluang saksama bagi anak-anak perempuan dan pelajar kita,” kata Dr Aida Binti Mustapha, Ketua Pusat Matematik Pengkomputeran (CERCOM) dan Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Lampiran: Ulasan pemimpin negara Microsoft mengenai program

  • Ji Eun Lee, Pengurus Besar dan Ketua Pegawai Eksekutif, Microsoft Korea

“Microsoft mengamalkan kepelbagaian dan keterangkuman sebagai budaya di seluruh syarikat dan berusaha memupuk nilai-nilai ini dalam kalangan masyarakat. Microsoft Korea akan terus menyokong komuniti terpelbagai menerusi inisiatif latihan dan membina kemahiran untuk memperkasakan lebih ramai insan untuk mencapai lebih lagi.”

  • Linda Dwiyanti, Ketua Pegawai Perkongsian, Microsoft Indonesia

“Microsoft Indonesia teruja untuk menyokong program Code; Without Barriers, sambil kita berganding bahu dengan organisasi lain untuk menyediakan platform yang boleh membuka lebih banyak peluang dan memberi panduan kepada wanita untuk cemerlang dalam bidang teknologi. Usaha ini akan menggalakkan kepelbagaian dan keterangkuman dalam bidang teknologi, sambil memperkasakan lebih ramai insan dan organisasi untuk mencapai lebih lagi.”

  • Paulo Fernandes, Pengurus Besar, Perniagaan Kecil, Sederhana dan Korporat Perniagaan APAC dan ketua negara Vietnam

“Kami teruja untuk membawakan Code; Without Barriers ke Vietnam kerana kepelbagaian dan keterangkuman telah menjadi sebahagian daripada budaya kami di seluruh syarikat selama ini. Buat masa ini, sambil teknologi memainkan peranan semakin penting dalam sosioekonomi kita, kaum wanita kita turut memainkan peranan semakin penting. Bersama rakan-rakan kerjasama lain di rantau ini, kami melaksanakan inisiatif ini dengan bersungguh-sungguh supaya lebih ramai insan akan dilengkapi dengan kemahiran digital pada masa depan.”

  • Andres Ortola, Pengurus Besar, Microsoft Filipina

“Program Code; Without Barriers akan membolehkan lebih ramai wanita Filipina mengasah kemahiran teknologi dan bakat mereka demi pembangunan negara – yang hakikatnya akan mempercepatkan pemulihan ekonomi kami daripada pandemik. Kami teruja untuk memainkan peranan sebagai sebahagian daripada inisiatif yang menggalakkan kepelbagaian dan keterangkuman supaya kami boleh meneruskan misi memperkasakan setiap organisasi dan individu untuk mencapai lebih lagi.”

  • Dhanawat Suthumpun, Pengarah Urusan, Microsoft Thailand

“Para pencipta hari ini berada di hadapan dalam pembangunan sosial dan ekonomi, dan acap kali idea hebat mereka sudah bersedia untuk mengubah sama sekali cara kita hidup dan bekerja. Industri teknologi berpeluang untuk mengubah dunia, dan kini memainkan peranan semakin penting untuk memastikan tenaga kerja teknologi kami lebih terpelbagai dan lebih mencerminkan masyarakat kita. Dengan Code; Without Barriers, kami berbangga untuk memperkasakan wanita di seluruh rantau Asia Pasifik dengan potensi mengubah masa depan digital kami bersama-sama.”

  • K Raman, Pengarah Urusan, Microsoft Malaysia

“Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kita telah menyaksikan transformasi digital dalam pelbagai industri, sambil perniagaan menyesuaikan diri dengan teknologi yang lebih baharu dan canggih untuk membina daya tahan perniagaan dan menggiatkan pertumbuhan. Selaras dengan perkembangan ini, terdapat permintaan yang semakin meningkat bagi kemahiran digital, dan kita seharusnya memenuhi permintaan ini secara terangkum. Code; Without Barriers menyediakan batu loncatan untuk wanita meneroka kerjaya dalam bidang teknologi, memperkasakan mereka dengan kemahiran yang diperlukan untuk berkembang maju dalam kerjaya teknikal supaya mereka boleh menyumbang kepada pertumbuhan Malaysia dan kepelbagaian tenaga kerja di seluruh rantau.”

  • Kevin Wo, Pengarah Urusan, Microsoft Singapura

“Kemahiran ialah nadi penggerak dunia pasca pandemik. Untuk memastikan kita bangkit lebih kuat, kemahiran digital menerusi inisiatif seperti Code; without Barriers akan menjadi faktor penting dalam usaha menggerakkan semula ekonomi kita. Di samping  meningkatkan kemahiran negara, kami terus mewujudkan pasaran buruh berasaskan kemahiran yang terpelbagai dan terangkum di Singapura, memberikan lebih banyak pilihan dan fleksibiliti menerusi peluang kerjaya dalam dunia hibrid masa kini.”

  • Sook Hoon Cheah, Pengurus Besar, Pasaran Baharu Microsoft Asia Tenggara

“Forum Ekonomi Dunia dan LinkedIn melaporkan bahawa pekerja wanita dianggarkan merangkumi 26% daripada pekerja dalam bidang Data dan AI, 15% pekerja dalam jawatan Kejuruteraan dan 12% daripada pekerja dalam bidang Pengkomputeran Awan. Memandangkan lebih ramai wanita di Sri Lanka yang mengikuti pendidikan teknologi, kami percaya lebih banyak yang boleh dilakukan untuk memastikan tenaga kerja negara mencerminkan masyarakat kita yang terpelbagai. Menerusi inisiatif seperti Code; Without Barriers, kami berharap untuk memahirkan wanita dan wanita kurang upaya, meningkatkan peluang pekerjaan dan pembelajaran mereka, dan merapatkan jurang kesaksamaan jantina di rantau kami.”

  • Md Yousup Faruqu, Pengurus Negara, Microsoft Bangladesh

“Bangladesh telah merapatkan 72.6% daripada jurang jantina keseluruhan dan kini menduduki tangga ke-50 dalam Indeks Jurang Jantina Global. Negara kami mencatatkan prestasi terbaik di Asia Selatan, tetapi kedudukannya dalam 50 negara teratas tidak seharusnya menafikan hakikat bahawa masih wujud ruang yang besar untuk meningkatkan hak asasi wanita dan menambah baik peluang ekonomi dan politik kami. Di Microsoft, kami memberi tumpuan terhadap kepelbagaian pembangun perisian, yang menyatukan pelanggan, rakan niaga dan masyarakat . Inisiatif Code; Without Barriers akan membantu negara mencapai kemajuan besar untuk merapatkan jurang jantina dalam bidang pendidikan.”