KUALA LUMPUR, 15 Mac 2021 – Sime Darby Property, syarikat pemaju hartanah yang terbesar di Malaysia dari segi jumlah keluasan simpanan tanah, giat memacu perjalanan transformasi digital dengan Microsoft. Usaha ini adalah sebahagian daripada aspirasi organisasi tersebut untuk memodenkan sistemnya dan menawarkan pengalaman yang lebih menyeluruh kepada pelanggan.
Kerjasama ini menyaksikan Sime Darby Property berganding bahu dengan Microsoft untuk mengguna pakai pelantar awan, Microsoft Azure yang diiktiraf sebagai penyelesaian awan yang terbaik dan selamat. Pada Januari 2021, Sime Darby Property menjadi syarikat pemaju hartanah pertama yang telah memindahkan aplikasi teras dan server sedia ada sepenuhnya ke Microsoft Azure.
Dengan memindahkan server dan aplikasinya ke Microsoft Azure, syarikat tersebut dapat memenuhi matlamatnya untuk menjadi sebuah organisasi yang didorong oleh data dan membolehkan infrastruktur yang lebih selamat dan dipercayai untuk mempercepatkan inovasi.
Dalam waktu yang terdekat, langkah ini akan mendorong model perniagaan khas yang berpaksi dan diperibadikan kepada pelanggan serta mempromosikan kecemerlangan operasi end-to-end dari pengurusan kontrak perolehan hingga ke sistem pembelian-ke-pembayaran. Penghijrahan ke pengkomputeran awan adalah selaras dengan rangkakerja keselamatan dan polisi Sime Darby Property untuk menyokong aspirasi digital mereka.
Mengulas kerjasama ini, Dato’ Azmir Merican selaku Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Property berkata, “Selaras dengan perkembangan Sime Darby Property di dalam lanskap teknologi yang pesat berubah, ianya sangat penting bagi kami untuk terus membangun secara digital khususnya untuk memberikan pengalaman yang bernilai kepada pelanggan Sime Darby Property yang merupakan nadi perniagaan kami. Kerjasama Sime Darby Property dengan Microsoft adalah untuk jangka masa panjang, dan kami berbangga untuk menjadikan mereka sebagai penasihat teknologi kami dan rakan kongsi dalam peningkatan mutu produk dan perkhidmatan syarikat.”
K Raman, Pengarah Urusan, Microsoft Malaysia berkata, “Sejak Microsoft didirikan di Malaysia lebih dari 28 tahun yang lalu, teknologi kami telah membantu mengubah cara orang bekerja, belajar, bermain dan berkomunikasi. Kami berbesar hati sebagai rakan kongsi perniagaan yang dipercayai di dalam perjalanan digital mereka, melengkapkan mereka dengan teknologi yang global, selamat dan membolehkan mereka untuk mengemudi dengan cekap di dalam syarikat dan untuk pelanggan mereka. Kami yakin bahawa perkhidmatan awan kami akan mendorong aspirasi digital Sime Darby Property dengan lebih jauh dan membawa pengalaman yang lebih padu dan lancar untuk pelanggan dan rakan kongsi mereka di Malaysia.”
Dalam menjayakan kerjasama ini, Sime Darby Property telah melaksanakan penilaian komprehensif untuk penyedia perkhidmatan awan swasta dan awam, sebelum memilih Microsoft Azure sebagai pelantar pilihan untuk mendorong transformasi mereka.